fbpx

Pembantu kedai maut ditikam bekas tunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pembantu kedai wanita maut dipercayai dibunuh bekas tunang dalam kejadian di sebuah premis dalam pusat beli-belah di Jalan Haji Saman hari ini.- Foto Ivan Amirul-

KOTA KINABALU – Seorang pembantu kedai wanita maut dipercayai dibunuh bekas tunang dalam kejadian di sebuah premis dalam pusat beli-belah di Jalan Haji Saman hari ini.

Mangsa berumur 22 tahun berkenaan ditemui dengan beberapa kesan tikaman di tubuh dan terlentang di atas lantai premis dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, suspek berusia 33 tahun yang masih berada di lokasi kejadian bagaimanapun berjaya ditahan pihak polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, pasukan bertugas mendapati mangsa masih bernafas dalam keadaan berlumuran darah sebelum pegawai perubatan segera memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR).

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia dan pemeriksaan awal mendapati beberapa kesan tikaman di tubuhnya. Polis turut menahan seorang lelaki yang juga bekas tunang mangsa bersama sebilah pisau dipercayai digunakan suspek untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mengulas lanjut, Kalsom berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI