fbpx

MotoGP: VR46 berat lepaskan Bezzecchi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEZZECCHI berjaya mempamerkan prestasi terbaik menyebabkan Ducati berhasrat memindahkannya menyertai Pramac musim depan. - AFP

TAVULLIA – Pelumba pasukan Mooney VR46 Racing, Marco Bezzecchi dikaitkan dengan perpindahan ke Pramac Racing musim depan selepas menampilkan aksi memberangsangkan pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2023.

Bagaimanapun, Pengarah VR46 Racing, Alessio Salucci berharap pembekal jentera, Ducati tidak melakukan tindakan tergesa-gesa dengan memindahkan Bezzecchi ke pasukan satelit lain.

Meskipun mengakui tidak bimbang dengan spekulasi tersebut, namun Salucci tetap berharap Ducati memberi peluang kepada VR46 Racing untuk terus ‘mengasuh’ Bezzecchi sebelum dinaikkan pangkat ke pasukan utama.

“Saya ada banyak pengalaman dalam sukan, jadi saya tidak bimbang dengan spekulasi yang tersebar. Perkara seperti ini sudah menjadi kebiasaan serta lumrah buat pelumba-pelumba MotoGP.

“Saya harap Ducati beri peluang kepada Marco (Bezzecchi) untuk terus berada dalam pasukan ini setahun lagi. Selain itu, Ducati juga perlu terus beri sokongan kepada kami,” katanya.

Tambah beliau, VR46 Racing tidak ada masalah untuk melepaskan mana-mana pelumba bagi menyertai pasukan utama, namun mereka enggan melayan sekiranya pelumba berhijrah ke pasukan satelit lain.

“Tujuan pasukan ini ditubuhkan adalah bagi membuka jalan buat pelumba ke pasukan utama. Sudah tentu kami tidak mahu menyekat kemahuan Bezzecchi tetapi, namun jika Ducati mahu dia ke Pramac, kami tidak bersetuju,” ujar Salucci. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI