fbpx

MOT gantung lesen dua syarikat bas ekspres terlibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN bas selepas terbabit nahas dengan dua buah treler di Kilometer 257.8 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Kuala Kangsar pada 13 Mei lalu.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menggantung lesen dua syarikat bas ekspres atas kesalahan pemanduan secara berbahaya sehingga mengancam keselamatan pengguna.

MOT dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya memandang serius dua insiden kemalangan bas ekspres yang berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan baru-baru ini.

Ia membabitkan sebuah bas ekspres di bawah syarikat S.V Juta Sdn. Bhd. yang berlanggar dengan 12 kenderaan lain pada 12 Mei lepas.

Selain itu, turut terlibat sebuah lagi bas ekspress di bawah syarikat Kejora Masyur Sdn. Bhd. yang kemalangan dengan dua buah lori pada 13 Mei lalu.

MOT berkata, tindakan penggantungan lesen itu diambil susulan hasil siasatan APAD mendapati kedua-dua syarikat tidak mematuhi keperluan syarat berkanun lesen yang ditetapkan.

“Lesen S.V. Juta Sdn. Bhd. digantung selama 58 hari atas kesalahan gagal mematuhi syarat berkanun lesen Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

“Lesen Kejora Masyhur Sdn. Bhd. pula digantung selama 37 hari atas kesalahan gagal mematuhi syarat lesen iaitu keperluan keselamatan sepertimana senarai di bawah Pemeriksaan dan Audit Keselamatan Jabatan Pengangkutan Jalan,” katanya.

Dalam pada itu, jelas kenyataan itu, semakan dengan agensi berkaitan mendapati kedua-dua syarikat itu turut mempunyai rekod saman lampau yang tinggi.

“Tindakan pergantungan lesen pengendali dua syarikat ini akan berkuatkuasa mulai 12 Jun depan. Sebarang transaksi berhubung Lesen Pengendali tidak akan dibenarkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI