fbpx

Meer Nash akui bukan penyanyi hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEER NASH

PETALING JAYA – “Saya tahu saya bukan penyanyi hebat. Namun pengalaman sepanjang empat minggu (dalam Big Stage) banyak mengajar saya.

Itu kata penyanyi Meer Nash apabila diumumkan sebagai peserta ketika yang tersingkir dalam program Big Stage musim kelima (BS5) malam tadi selepas tiga minggu berturut-turut menduduki tangga tiga peserta terbawah (bottom 3).

Ujar pemilik nama lengkap Muhamad Shahmeer Mohd. Nashrul itu lagi, dia melihat perjuangannya dalam BS5 dari sudut positif apabila yakin dengan pengalaman yang ditimba mampu membantu mengembangkan kerjaya nyanyiannya selepas ini.

“Apa yang jadi selepas saya tersingkir daripada BS5 adalah lebih penting. Saya akur perjalanan saya terhenti setakat ini dan akan terus belajar lagi,” katanya.

Persembahan peserta berusia 27 tahun itu yang membawakan lagu Rapuh nyanyian asal Nastia hanya mampu meraih 45.33 markah. Turut berada di posisi tercorot ialah Firdaus Rahmat dan Farhan Shah.

Sementara itu, peserta Indonesia, Waode terus cemerlang selepas menduduki tangga pertama untuk dua minggu berturut-turut selain turut memenangi anugerah Dominasi Persembahan Terbaik.

Untuk konsert minggu kelima, para peserta bakal meneruskan perjuangan mereka dengan membawakan lagu bertemakan “High School Crush”.

Selain penyanyi Aina Abdul dan Ajai selaku juri tetap, BS5 yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) juga menyaksikan guru vokal, Datuk Shafinaz diundang sebagai juri jemputan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI