JAKARTA, Indonesia – Seorang lelaki melakukan gerakan solat di halaman sebuah gereja di Jalan Taduan, Medan, wilayah Sumatera Utara pada 18 Mei lalu, lapor portal berita Okezone hari ini.
Lelaki memakai baju berwarna coklat dan ketayap putih itu dilihat melakukan gerakan solat di Gereja Permaean. Perbuatannya dilihat oleh orang ramai.
Aksi lelaki tersebut mendapat perhatian netizen, namun kakitangan Gereja Perdamaean menyatakan bahawa ia bukan kali pertama dia berbuat demikian.
Terdapat juga dakwaan bahawa lelaki itu mengalami gangguan jiwa.
Polis juga masih meminta maklumat kejadian tersebut daripada seorang lelaki yang menyebarkannya di media sosial. – Agensi