fbpx

Lelaki OKU maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa dan pacuan empat roda yang terlibat dalam kemalangan di Sekinchan itu.

SABAK BERNAM – Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) maut selepas motosikal dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda di hadapan sebuah kilang padi di Sekinchan, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, mangsa dikenali Suzali Sueb, 41, yang dikatakan mempunyai masalah mental maut di lokasi kejadian.

Katanya, seramai 14 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 10.49 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian dipercayai kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax telah melanggar motosikal ditunggangi seorang lelaki.

“Penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pasukan bomba yang bertugas di lokasi kejadian turut membersihkan tempat kejadian daripada tumpahan minyak susulan kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI