fbpx

KTMB tambah empat unit tren ETS sempena Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan tambahan empat unit tren elektrik (ETS) sempena Hari Raya Aidiladha 2023.

KTMB dalam satu kenyataan media berkata, tambahan ETS itu bagi laluan antara Stesen Kuala Lumpur KL Sentral ke Padang Besar dan KL-Sentral ke Butterworth.

“Penambahan itu membabitkan ETS 9283 dari Padang Besar-KL Sentral dan tren 9286 dari KL Sentral-Padang Besar serta tren ETS 9181 dari Butterworth-KL Sentral dan destinasi sebaliknya.

“Tren tambahan ini akan beroperasi bermula 27 Jun hingga 2 Julai. Sebanyak 24 perkhidmatan tambahan ditawarkan untuk tempoh yang dinyatakan,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut KTMB, penambahan tren itu menjadikan keseluruhan perkhidmatan ETS yang akan beroperasi adalah 36 trip sehari berbanding pada hari biasa sebanyak 32 trip sehari.

KTMB memaklumkan, tiket tren tambahan berkenaan akan mula dijual pada 1 Jun bermula 10 pagi dengan 3,780 tiket masing-masing ditawarkan bagi laluan terlibat.

Kata KTMB, penambahan tren itu bagi menampung permintaan tiket kereta api yang tinggi semasa musim perayaan dan mengelakkan kesesakan trafik.

KTMB berkata, tren tambahan menawarkan 1,260 tiket sehari menjadikan jumlah keseluruhan tiket sebanyak 7,560 yang ditawarkan termasuk koc kelas perniagaan.

KTMB seterusnya menyarankan orang ramai membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau melakukan pembelian terus di laman sesawang rasmi KTMB.

“Pengguna juga dinasihatkan merancang perjalanan dan membuat pembelian lebih awal bagi menikmati tambang fleksi yang lebih menjimatkan,” kata KTMB. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI