fbpx

Kos barang dapur sebulan lebih RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebuah keluarga yang mempunyai tanggungan dua orang anak atau lebih memerlukan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan sebagai perbelanjaan membeli barang basah atau barangan dapur.

Ia merangkumi bahan-bahan asas seperti minyak masak, telur, ikan, ayam serta keperluan lain bagi menguruskan kehidupan seharian termasuk makan tengah hari dan malam.

Bagaimanapun, berdasarkan tinjaun Kosmo! di media sosial mendapati kos tersebut bergantung kepada bilangan isi keluarga.

Bagi Sharmila Kamal, dia memerlukan sekitar RM2,000 sebulan untuk membeli barangan basah termasuk keperluan anak-anak.

“Kos ini adalah untuk enam orang anak berusia 4 bulan sehingga 14 tahun serta saya dan suami. Barang kering pula kena tambah RM700. Dahulu boleh dapat dalam RM1,000 tetapi sekarang memang tak cukup,” ujarnya.

Seperti seorang pengguna dikenali sebagai Nicky yang mempunyai tiga orang anak mengakui dia memerlukan bajet sekurang-kurangnya RM1,800 setiap bulan.

“Kalau RM1,000, bolehlah tetapi tidak cukup sehingga akhir bulan dan jika bajet RM500 kena catu serba sedikit. Tetapi ini tidak termasuk belanja barang bukan keperluan dan kecemasan,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pekerja swasta, Nizam berkata, peruntukan RM1,500 yang diberikan kepada isterinya untuk membeli barangan dapur tidak pernah mencukupi.

“Anak-anak semakin besar, selera makan pun bertambah. Itu belum lagi bagi duit belanja isteri. Duit gaji sendiri pun kadang-kadang tak merasa,” luahnya.

Sementara itu, bagi orang bujang, kos tersebut adalah lebih rendah, namun masih disifatkan tinggi yang mana memerlukan sekitar RM300 hingga RM600 sebulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI