fbpx

KKD diminta atasi segera isu Telegram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) diarahkan supaya mengambil tindakan segera terhadap platform pemesejan, Telegram susulan isu penipuan dalam talian.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu termasuk bertemu dengan pihak Telegram selain turut mendapat sokongan pengguna Telegram.

Beliau berkata, sebelum ini, sudah ada negara mengharamkannya dan kerajaan berpendapat langkah itu wajar jika ia dilihat merosakkan dan mengancam keselamatan masyarakat.

“Walaupun aplikasi Telegram ini tidak sebanyak aplikasi lain tetapi kesan negatif yang wujud dari bahan-bahan dipergunakan itu cukup merosakkan.

“Justeru, langkah susulan perlu dilakukan jika pihak pengendali Telegram masih tidak mahu bekerjasama sama ada dengan Menteri KKD atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM),” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jerayawara Program Advokasi Antigangguan Seksual di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditanya pendirian kerajaan berhubung tindakan Telegram yang enggan bekerjasama dengan KKD. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI