JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan kelibat berwarna putih yang bergerak di hadapan katil pesakit di sebuah hospital, lapor portal berita Okezone semalam.
Kelibat tersebut dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan dimuat naik di laman TikTok.
Ia menunjukkan kelibat putih muncul dari bahagian tepi katil pesakit sebelum bergerak ke hadapan katil yang separa ditutup oleh langsir berwarna hijau.
Kelibat putih yang jelas kelihatan itu sekali lagi bergerak ke tepi katil sebelum hilang.
Video kelibat didakwa hantu itu tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Sudah namanya hospital, tidak hairan (berlakunya situasi menyeramkan),” kata seorang pengguna media sosial.
“Itu adalah pantulan cahaya matahari yang terhasil daripada tingkap hospital tersebut,” kata netizen lain. – Agensi