fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 9 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang berisiko di sembilan negeri termasuk kawasan di utara Semenanjung pada pagi ini.

Menerusi satu kenyataan yang dikongsikan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara hari ini, antara negeri terlibat adalah Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Menurut kenyataan itu, cuaca buruk yang diramal berlaku hanya melibatkan satu atau dua tempat di negeri berkenaan.

Sementara itu, hujan lebat serta ribut petir juga dijangka melanda Mukah, Sarawak dan sekitar Pedalaman dan Tawau, Sabah pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI