fbpx

EPL: Haaland bolot dua anugerah utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND menjadi pemain pertama merangkul dua anugerah tersebut dalam semusim kerana kecemerlangannya bersama City. - AFP

MANCHESTER – Penyerang prolifik Manchester City, Erling Haaland menjadi pemain pertama memenangi anugerah Pemain Terbaik dan Pemain Muda Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam musim yang sama.

Kejayaan itu sememangnya berhak menjadi milik Haaland, 22, selepas mencipta sensasi tersendiri dengan memecahkan pelbagai rekod selain membantu City mempertahankan kejuaraan EPL musim ini.

Secara keseluruhan, Haaland telah mengumpul 52 jaringan daripada 51 perlawanan untuk semua kejohanan bersama The Citizens termasuk 36 gol dalam saingan EPL.

“Saya berasa bangga kerana menjadi pemain pertama untuk memenangi dua gelaran ini dalam musim yang sama. Terima kasih kepada semua yang mengundi saya.

“Ini adalah musim pertama yang cukup gemilang buat saya kerana dapat menjulang trofi EPl di hadapan penyokong-penyokong sendiri di Etihad minggu lalu. Ia satu pengalaman yang istimewa.

“Namun, kejayaan ini tidak akan diraih tanpa rakan sepasukan, pengurus dan semua staf sokongan pasukan. Sekarang saya mahu memastikan kami menamatkan musim ini dengan dua lagi kejuaraan,” kata Haaland.

Haaland menewaskan calon-calon hebat seperti rakan sepasukannya, Kevin de Bruyne, Martin Odegaard, Bukayo Saka, Harry Kane, Marcus Rashford dan Kieran Trippier untuk anugerah Pemain Terbaik EPL.

Bintang Norway itu turut mengetepikan Odegaard, Saka, Gabriel Martinelli, Sven Botman, Alexander Isak, Moises Caicedo dan Alexis Mac Allister bagi anugerah Pemain Muda Terbaik EPL. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN