fbpx

Berat badan Bebe Rexha naik mendadak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBE REXHA

PENYANYI Bebe Rexha mendedahkan dirinya menghidap sejenis penyakit jarang ditemui dikenali sebagai polikistik ovarium (PCOS) yang menyebabkan berat badannya naik sehingga 14 kilogram (kg).

PCOS merupakan gangguan hormon yang terjadi pada seseorang wanita yang mengalami fasa peralihan usia antara 20-an hingga 30-an.

Ujar pelantun lagu Say My Name itu, dia dikesan menghidap masalah tersebut pada tahun lalu selepas menjalani pemeriksaan kesihatan selepas mengalami penambahan berat badan secara mendadak.

“Doktor memberitahu berlaku ketidakseimbangan hormon pada tubuh saya yang menjadi salah satu punca berat badan saya naik sehingga 14kg,” katanya.

Biarpun berat badannya bertambah, Rexha tetap menjalani kehidupan sihat dan sentiasa berfikiran positif dengan tidak mengambil serius kritikan yang dilemparkan netizen dalam laman sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI