fbpx

Bekas Menteri Agama puji drama Korea berilmu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebahagian video ceramah Zulkifli di TikTok.

PETALING JAYA – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuji tayangan drama Korea yang kini menjadi ‘kegilaan’ ramai terutama golongan wanita, dengan mesej dan ilmu pengetahuan bermanfaat.

Menerusi klip video dimuat naik pada TikTok media_albakri, beliau turut menceritakan ada menonton drama dihasikan produksi negara tersebut baru-baru ini yang mengisahkan seorang peguam autisme.

Katanya, biarpun kekangan masa dan tidak mengikuti kesemua drama-drama Korea, Zulkifli yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan pernah menonton satu atau dua drama tersebut sekiranya berkelapangan.

“Sekarang orang perempuan suka sangat tengok drama Korea walaupun tak pandai cakap Korea. Kita baca ‘subtitle’ (sari kata). Saya tak ada masa, tapi kalau saya minat, saya akan tengok, untuk saya dapat maklumat.

“Saya tengok sekali dua baru-baru ini, cerita peguam autisme. Bagus, dia bila buat cerita tu, seluruh dunia sebab dia ‘study’ (kaji). Kita macam orang Malaysia berlakon cerita doktor, kadang-kadang sangkut stetoskop pun tak betul.

“Doh orang nak caya (percaya) apa. Istilah doktor pun orang tak tahu, buat lagok (lagak), ‘oh ni jangkit berat ni tuan’,” katanya bercampur loghat Terengganu.

Zulkifli berkata, berbanding drama Korea, pihak tersebut melakukan kajian dan rujukan secara mendalam bagi menghasilkan drama tersebut.

“Mereka buat ‘detail’ (teliti) kalau sakit ni, kalau kanser apa, jenis apa, ubat apa. Dia ‘study’ (belajar), dia rujuk pakar.

“Bab perundangan, rujuk artikel, akta berapa, undang-undang berapa gini-gini. Orang tengok (drama), orang akan dapat ilmu,” jelas beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI