SELEPAS 23 tahun menjadi teman setia, anjing kesayangan selebriti popular Paris Hilton yang diberi nama Harajuku dilaporkan mati baru-baru ini.
Kematian anjing jenis Chihuahua itu sekali gus menyebabkan Hilton tidak dapat menahan rasa sedih yang tidak dapat dibayangkan.
“Anjing kesayangan saya Harajuku telah mati pada usia 23 tahun. Semuanya kini hanya tinggal menjadi kenangan.
“Harajuku merupakan antara harta saya yang paling berharga,” ujarnya menerusi satu hantaran dalam Instagram.
Pada masa sama, Hilton yang pernah membintangi filem House of Wax itu turut menzahirkan ucapan terima kasih buat anjing kesayangannya itu kerana kekal menjadi peneman setianya di mana sahaja, termasuk ketika menghadiri acara karpet merah.