PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengucapkan selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 kepada pengamal media.
Ucapan itu dibuat melalui satu hantaran di Facebook rasmi Istana Negara hari ini.
Terdahulu, sambutan HAWANA 2023 berlangsung tiga hari bermula semalam di sini dengan kemuncak perasmian disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939. – KOSMO! ONLINE