fbpx

Terlalu ‘perempuan’ sekat karier Neera Azizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEERA berasakan sifatnya yang terlalu feminin sedikit banyak menyekat peluangnya merealisasikan impian berlakon naskhah aksi.

PERNAH bertugas di awan biru sebagai pramugari selama setahun sudah cukup membuatkan pelakon Neera Azizi berasa puas apabila cita-citanya semasa kecil tercapai.

Biarpun singkat, Neera atau nama lengkapnya Nurazneera Azizi tidak pernah menyesal apabila membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan demi tumpuan terhadap kerjaya lakonan.

Ujar Neera, perkhidmatan sebagai ‘pelayan’ di atas awan sebenarnya lebih memenatkan mental dan fizikal, berbanding lakonan, namun tidak menolak kerjaya tersebut banyak mengajarnya erti pengurusan masa selain memberi keyakinan diri berdepan khalayak.

“Saya jadi pramugari selepas tiga tahun bergelar pelakon pada 2019 untuk timba pengalaman baharu.

“Bukan disebabkan tidak ‘laku’ berlakon, saya tetap turun ke set penggambaran semasa bekerja sebagai pramugari dan perkara itu memenatkan sehingga tiada masa untuk berehat,” kata Neera yang memilih atas nasihat ibuny.

“Jadi ibu bagi pilihan sama ada saya mahu teruskan kerjaya sebagai pramugari atau berlakon sepenuh masa. Selepas setahun, saya berhenti jadi pramugari,” katanya.

Ternyata keputusan tersebut sangat tepat, apabila tidak sampai sebulan selepas meletakkan jawatan, dunia berdepan pandemik sehingga melumpuhkan sistem penerbangan negara.

“Ada hikmah saya berhenti daripada diberhentikan,” ujar pelakon dengan ketinggian 170 sentimeter itu.

Selepas kembali fokus terhadap bidang yang lebih dekat dengan jiwanya, pelakon berusia 25 tahun itu menyimpan impian terlibat dalam naskhah aksi, namun sehingga kini tidak kesampaian.

“Mungkin pengarah atau produser tidak yakin sebab saya dilihat terlalu ‘perempuan’. Hakikatnya, saya memang teringin membawakan watak lasak,” jelasnya.

Mengakui karakter sebegitu mengundang risiko kecederaan, Neera sanggup berdepan cabaran demi membuktikan kemampuannya.

“Kalau tidak melakonkan aksi lasak pun, kecederaan tetap boleh berlaku. Kalau saya tanamkan rasa takut untuk mencuba, sampai bila-bila pun saya tidak tahu kemampuan,” katanya.

Berkongsi keterujaan, Neera kini tampil dengan sebuah siri terbitan Viu Malaysia berjudul Alter-Naratif. Lebih menarik, dia menjayakan watak Kina Jaafar yang jauh berbeza berbanding karakter sebenarnya.

“Orang yang kenal, mereka tahu saya jenis yang ceria dan suka ketawa. Tapi menjadi Kina, saya tidak boleh senyum.

“Sepanjang masa muka kena serius dan sifatnya pula kasar. Susah sebenarnya kerana sifat saya bukanlah orang yang begitu. Tapi mujur tidak terbawa-bawa sehingga balik ke rumah,” katanya seraya tertawa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI