fbpx

Syafiq Kyle ‘tayang’ badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFIQ KYLE

BERGETAR tulang rusuk Diva apabila pelakon kacak Syafiq Kyle ‘belanja’ badan ketika melakukan aktiviti bersenam di sebuah gimnasium.

Biarpun badannya tidaklah kekar sangat, namun perkongsian tunang kepada aktres Mimi Lana itu membuatkan ramai wanita menjadi tidak keruan termasuk diri Diva sendiri.

Jarang-jarang dapat lihat Syafiq ‘belanja’ badannya dalam keadaan tidak memakai baju.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik seorang pengguna TikTok yang dipercayai jurulatih kecergasan Syafiq, kelihatan pelakon itu mempamerkan bentuk badannya di hadapan cermin.

Menerusi video tersebut juga, Syafiq memberitahu dia mengambil masa selama sebulan untuk memiliki bentuk badan sebegitu.

Seperti dijangka, perkongsian tersebut memang menuai pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Rata-rata netizen teruja selepas melihat aktor itu menayangkan tubuh badannya kepada umum.

Malah, ada juga yang berseloroh dengan mengingatkan semula watak Syafiq sebagai ustaz Adam dalam drama bersiri popular, Nur.

“Wow! Jadi tak keruan,” usik seorang lagi peminatnya.

Harapnya tunang Mimi Lana ini tidaklah menjadi sasaran lelaki yang suka kaum sejenis selepas ini.

DIVA: Suka tengok gelagat Puteri Sarah dan Syamsul Yusof bergurau senda ketika hadir ke mahkamah baru-baru ini. Masih ‘bersemut’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI