fbpx

Pengamal media perlu berinovasi, berubah – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (kanan) menerima cenderahati pada perasmian Forum Media sempena sambutan Hawana 2023 di Ipoh hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Pengamal media harus melakukan inovasi dan perubahan seiring dengan peredaran masa yang menyaksikan peningkatan penggunaan platform online oleh orang ramai bagi mendapatkan berita semasa ataupun hiburan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, antara platform media sosial yang menjadi pilihan orang ramai sebagai sumber berita utama termasuklah Facebook, Twitter dan Instagram.

Katanya, era media baharu yang menyaksikan kandungan disediakan dan digunakan secara digital menjadi satu ancaman kepada media tradisional seperti akhbar, radio dan televisyen.

“Media tradisional tiada lagi pilihan selain mengikut perkembangan tersebut. Untuk itu, mereka perlu melakukan inovasi dan berubah, seperti menggunakan teknologi baharu dan menerima platform dalam talian.

“Penting buat mereka untuk menghasilkan kandungan menarik dan penceritaan yang menonjol bagi menarik perhatian ramai,” katanya ketika berucap pada Forum Media bertajuk Masa Depan Media sempena Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 di Hotel Casuarina@Meru di sini hari ini.

Antara ahli panel pada forum itu ialah Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media REV Nicholas Sagau; Ketua Pengarang Jakarta Post, M. Taufiqurrahman; Persatuan Pengiklan Malaysia, Mohamad Kadri Taib dan Ketua Pengarah RTM Suhaimi Sulaiman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI