fbpx

Pemandu jengkaut maut dihempap batu kuari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OPERASI mengeluarkan pemandu jengkaut yang tersepit dalam jentera setelah dihempap bongkah batu di tapak kuari di Simpang Pulai, Ipoh semalam.-IHSAN PDRM

IPOH – Seorang pekerja kuari berusia 48 tahun maut selepas jengkaut yang dikendalikannya dihempap bongkah batu dianggarkan seberat 10 tan dalam kejadian di tapak kuari di Simpang Pulai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, maklumat kejadian itu diterima daripada orang awam pada pukul 4 petang dan kejadian dipercayai berlaku antara pukul 12 tengah hari sehingga 1 petang ketika mangsa melakukan kerja-kerja pembersihan batu.

“Bongkah batu dianggarkan seberat 10 tan telah jatuh dari ketinggian 25 meter dan menghempap jentera dikendalikan mangsa. Kejadian tersebut menyebabkan lelaki itu tersepit di bahagian kokpit jentera berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI