fbpx

Tina Turner, orang gaji kepada penghibur sejati dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TINA TURNER meninggal dunia di Switzerland 24 Mei yang lalu disebabkan penyakit tua.

MENDIANG merupakan antara pemuzik paling berbakat dan berpengaruh pernah dilahirkan di dunia. Kenyataan tersebut adalah satu fakta yang sukar berganjak.

Tina Turner. Sepotong nama ikonik yang barangkali generasi sekarang tidak begitu lazim mendengarnya.

Ironi, sekitar era 1980-an, dia adalah momen terpenting dalam sejarah muzik. Dia adalah ratu rock ‘n’ roll. Dia adalah antara sebab jalur muzik itu begitu kukuh sehingga sekarang.

Kini tiada lagi gaya rambut ‘menyinga’ pemilik nama lengkap, Anna Mae Bullock itu. Tiada lagi aksi lincahnya di atas pentas. Yang tinggal hanya memori bergulir ke hadapan betapa agungnya penghibur bernama Tina Turner.

Bagi memperingati Turner, HibGlam merangkumkan beberapa fakta penting tentang penyanyi yang cukup dikenali menerusi antem berjudul River Deep – Mountain High itu.

  • Ibu kandung lari ketika usianya 11 tahun

Turner bukanlah berasal daripada keluarga berada. Dia dilahirkan di Brownsville, Tennessee. Orang tuanya bernama Floyd Richard Bullock dan Zelma Priscilla.

Ketika berusia 11 tahun, ibu Turner iaitu Zelma meninggalkannya tanpa sebarang pesanan kerana tidak sanggup tinggal bersama suami, Floyd yang suka mendera. Dua tahun lepas ibunya hilang tanpa sebarang jejak, bapanya berkahwin sekali lagi dengan wanita lain dan berpindah ke Detroit pada 1952.

Tina Turner merupakan antara artis best-selling dunia dan banyak menerima anugerah berprestij.
  • Orang gaji

Ketika remaja, Turner pernah bekerja sebagai orang gaji buat keluarga Henderson.

Ketika bekerja buat keluarga elit tersebut, dia dimaklumkan bahawa kakak tiri tersayangnya, Evelyn mati disebabkan oleh kemalangan jalan raya bersama dua sepupunya, Margaret and Vela Evans. Sedikit berpenampilan ‘tomboy’, ketika muda, Turner juga pernah bekerja sebagai pembantu jururawat selepas tamat belajar sekitar 1958.

  • Menang 8 trofi Grammy Awards

Merupakan antara artis terlaris atau best-selling sepanjang zaman, Turner pernah memenangi trofi Grammy Awards sebanyak 8 kali termasuk album terbaik menerusi diskografi berjudul River: The Joni Letters pada edisi ke-50.

Ketika muda, Turner pernah bekerja sebagai orang gaji dan pembantu jururawat.
  • Ike Turner

Seperti kebanyakan selebriti, Turner juga berdepan dengan cabaran atau dugaan hebat dalam perhubungan.

Pernah berstatus pemuzik duo bersama suami, Ike Turner, kehidupannya diuji apabila bekas suaminya itu ketagih dadah jenis kokain. Situasi malang itu meranapkan perkahwinannya dan mereka bercerai pada 1978.

Kehidupannya kacau-bilau sehinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Erwin Bach. Menariknya, hanya selepas 27 hubungan mesra, mereka memutuskan untuk berkahwin pada Julai 2013.

Tina Turner pada usia 83 tahun disebabkan penyakit tua, minggu lalu di Switzerland.
  • Penganut Buddha

Mendiang menghembuskan nafas terakhir sebagai seorang penganut agama Buddha yang setia.

Biarpun pengaruhnya sebagai pemuzik R&B dan rock sangat kuat, agama tetap memainkan peranan penting dalam hidup.

Ketika hayatnya masih ada, dia selalu menyatakan bahawa agama tersebut membawanya keluar daripada kesengsaraan perhubungan toksik dengan bekas suami, Ike Turner.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI