fbpx

Orang bujang belanja RM30 sehari, 3 kali makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Rata-rata orang bujang berbelanja sebanyak RM20 hingga RM30 untuk membeli makanan tiga kali sehari.

Menerusi tinjauan Kosmo! di Facebook hari ini mendapati, ramai antara mereka memperuntukkan RM7 untuk sarapan, makan tengah hari (RM10) dan makan malam (RM10).

Menurut pengguna Facebook, Azalia Azhari berkata, dia perlu menyediakan RM300 sebulan hanya untuk perbelanjaan makan seorang diri.

Dia yang bekerja di Ipoh, Perak, mengakui pendapatan bulannya masih cukup lebih-lebih lagi hanya menyewa bilik dengan kadar RM260 sebulan.

Seorang lagi pengguna, Aisyah berkata, dengan RM10 dia masih mampu membeli nasi berserta dua jenis lauk untuk makan tengah hari di Cheras, Selangor.

Bagaimanapun, beberapa perkongsian daripada pengguna lain memberitahu, bagi kehidupan seorang individu bujang yang tinggal di bandar seperti Kuala Lumpur (KL) dan Johor Bahru perlu berbelanja sebanyak RM30 hingga RM50 sehari untuk tiga kali makan.

Antara alasan yang diberi adalah harga makanan di kawasan bandar raya agak mahal berbanding kawasan lain.

“Duduk Kuala Lumpur, Johor Bahru aku rasa lebih RM30 sehari untuk makan sahaja, mungkin ada yang cecah RM50.

“Bukan memilih bab makan, tetapi nasi berlauk ayam dan sayur campur harganya sudah RM12, tidak makan lapar pula,” kongsi Syukri.

“RM30 baru duit makan, duit minyak (petrol), sewa, duit bayar itu ini sebulan dah habis RM1,800. Gaji RM2,000 sahaja. Nak buat simpanan pun fikir seribu kali, orang ingat orang bujang duit banyak, sedangkan kami pun ada keluarga, adik-beradik untuk dibantu,” kata Adham. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI