fbpx

Lelaki bunuh, makan daging mangsa selepas dijangkiti penyakit anjing gila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditangkap kerana membunuh seorang warga emas dan memakan dagingnya di kampung Sarahana pada Jumaat lalu. - Indian Express

NEW DELHI – Seorang lelaki ditahan di negeri Rajasthan, barat India kerana didakwa membunuh seorang warga emas sebelum memakan dagingnya, lapor laman berita Wion News semalam.

Lelaki tersebut, Surendra Thakur, didakwa menghidap hidrofobia iaitu ketakutan terhadap air yang disebabkan oleh jangkitan penyakit anjing gila peringkat akhir sehingga menyebabkan dia bertindak tidak rasional. 

Doktor menyatakan bahawa dia pernah digigit seekor anjing dan tidak mendapat rawatan perubatan tepat pada masanya.

Polis yang memetik saksi berkata, kejadian itu berlaku di kampung Saradhana di bawah daerah Pali pada Jumaat lalu.

Sebelum kejadian, mangsa, Shanti Devi, 65, membawa anak lembunya meragut rumput apabila suspek menyerang hendap lalu membunuhnya menggunakan batu sebagai senjata.

“Suspek berkelakuan seperti pesakit mental dan agresif. Kami telah menghantarnya ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan. 

“Malah ketika berada di hospital, dia mencetuskan kekecohan sebelum diikat pada katil oleh jururawat,” kata seorang pegawai polis Jaitaran, Sukhram Bishnoi kepada agensi berita PTI.

Anak lelaki mangsa, Biren Kathat membuat laporan polis dan menuduh lelaki berusia 24 tahun itu membunuh ibunya dan memakan dagingnya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI