fbpx

Kerajaan sedia beku lesen kontraktor baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman (dua dari kanan) sedang mendengar keluhan kontraktor pada Mesyuarat Agong Tahunan PKMM Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan bersedia mempertimbangkan permohonan Persatuan Kon­traktor Melayu Malaysia (PKMM) untuk mengehadkan atau membekukan sementara pemberian lesen baharu kepada kontraktor.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad mengakui rungutan dan permasalahan disuarakan oleh PKMM itu mempunyai asas kerana persaingan dalam kalangan pemain industri pembinaan sedia ada sudah terlalu ramai.

Sehubungan itu, beliau berpendapat cadangan dilontarkan Presiden PKMM, Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan yang mewakili suara hati golongan kontraktor tempatan itu perlu diketengahkan.

“Saya akan bawa cadangan ini ke Kabinet kerana ia (pemberian lesen kontraktor baharu) di bawah kementerian saya (melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan – CIDB).

“Rungutan suara akar umbi yang penting ini akan dibawa ke pihak atasan. Saya percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendengar rintihan dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan PKMM Terengganu di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) akan membuat kertas cadangan untuk dibangkitkan dalam Kabinet tanpa perlu di bawa ke Dewan Rakyat bagi kelulusan.

Jelas beliau, KKR bagaimanapun bersedia untuk memberi penjelasan di Dewan Rakyat sekiranya isu tersebut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen kelak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI