fbpx

Keluarga ketakutan singa muncul depan tapak perkhemahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah keluarga terkejut apabila melihat seekor singa berjalan di tapak perkhemahan mereka di Kgalagadi, Botswana baru-baru ini. - Storyful

GABORONE, BOTSWANA –  Sebuah keluarga yang sedang menikmati perkhemahan di Kgalagadi, Botswana, terkejut apabila seekor singa jantan muncul dan berjalan hanya beberapa meter di hadapan tapak perkhemahan mereka, lapor akhbar The Sun semalam.

Kejadian itu berlaku di kawasan rizab semula jadi di Kgalagadi, iaitu tempat pengunjung safari berhenti untuk berehat.

Satu rakaman video menunjukkan haiwan tersebut berjalan di sekitar tapak perkhemahan dan meninjau persekitarannya.

Singa itu juga menghampiri sebuah meja dan memeriksa apa yang berada di atasnya, di sebelah keluarga tersebut yang sedang berada dalam ketakutan.

Mereka bagaimanapun kekal bertenang dan berbisik sesama sendiri serta berdiam diri.

Rakaman video itu berakhir dengan singa itu menghampiri keluarga tersebut dan merenung mereka seketika sebelum beredar.

Seorang saksi menyifatkan ia sebagai satu kejadian yang berlaku sekali seumur hidup dan berkata: “Singa masuk ke kawasan kem tanpa diberitahu dan dalam keadaan senyap seperti yang berlaku kepada kami.” – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI