PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan empat negeri sehingga pukul 4 petang hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook sebentar tadi memaklumkan, amaran tersebut dikeluarkan ekoran jangkaan berlakunya hujan lebat, ributr petir dan angin kencang melibatkan seluruh negeri Perlis serta tiga daerah di Kedah.
“Antaranya adalah Kubang Pasu, Baling dan Kulim.
“Selain itu, di Perak lebih tertumpu sekitar Hulu Perak serta beberapa kawasan Negeri Sembilan seperti Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol,” katanya. – KOSMO! ONLINE