fbpx

Helah penagih dadah menyamar polis undang padah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Helah penagih dadah yang menyamar sebagai polis mengundang padah apabila ditahan pegawai keselamatan di sebuah apartmen di Ukay Perdana, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek menyamar sebagai polis dengan menunjukkan plat besi berlogo Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika berurusan dengan pegawai keselamatan di apartmen berkenaan.

“Bagaimanapun, pegawai keselamatan apartmen berkenaan dengan pantas dapat menghidu taktik penyamaran yang digunakan seterusnya menahan suspek sebelum menghubungi pihak polis.

“Hasil semakan ke atas suspek yang berusia 27 tahun itu, kita dapati suspek memiliki lima rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan narkotik,” ujarnya.

Jelas Farouk, pihaknya telah membuat tangkapan ke atas suspek dan merampas barang kes itu untuk siasatan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI