fbpx

F1: Verstappen resah prestasi Ferrari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERRARI berjaya mempamerkan kepantasan luar biasa pada sesi ujian bebas menjelang GP Monaco malam ini. – AFP

MONACO – Juara dunia, Max Verstappen mengakui gusar de­ngan ancaman yang bakal diberikan oleh Ferrari menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Monaco malam ini.

Menurut pelumba Red Bull itu, jentera Ferrari yang dikemudi oleh Carlos Sainz Jr. dan Charles Leclerc telah menunjukkan pe­ningkatan mendadak pada sesi ujian bebas yang berlangsung di Litar Monaco kelmarin.

“Secara jujur, saya agak terkejut dengan prestasi Ferrari sepanjang dua sesi ujian bebas yang dijalankan dengan kepantasan mereka sangat luar biasa.

“Jika dibandingkan dengan jentera kami, saya lihat Ferrari memiliki kelebihan. Saya dapat rasakan ada kekurangan dalam jentera kami yang perlu diberi perhatian sebelum mengharungi perlumbaan sebenar,” katanya.

Sebagai rekod, Verstappen masih lagi kekal selaku pendahulu carta kategori pemandu selepas mengutip 119 mata selain berjaya menjuarai tiga perlumbaan GP musim ini.

Malah, Red Bull turut mengekalkan rekod bersih apabila menjuarai semua lima perlumbaan musim ini dengan rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez mendominasi baki dua lagi saingan.

Mengulas lanjut, Verstappen percaya jentera RB19 masih lagi mampu mengekalkan momentum untuk merekodkan kemenangan keenam berturut-turut musim ini sekali gus melebarkan kedudukan selaku pendahulu carta pengeluar.

“Saya tidak katakan jentera kami tidak bagus, cuma Ferrari menunjukkan peningkatan dan kita pula masih statik. Jika ada sedikit perubahan dilakukan untuk terus melebarkan jurang, mungkin lebih bagus pasukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI