fbpx

EPL: Spurs mahu cari pengubat duka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE berharap Spurs mampu menamatkan musim ini dengan kemenangan sekali pun tidak berjaya mara ke pentas Eropah. – AFP

LONDON – Tottenham Hotspur mengharapkan kemenangan ke atas Leeds United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Elland Road malam ini bagi mencerahkan peluang mara ke saingan Liga Konferens Europa musim depan.

Pintu untuk Spurs melangkah ke Liga Juara-Juara dan Liga Europa sudah tertutup rapi, namun Liga Konferens Europa merupakan satu-satunya jalan untuk mereka bermain dalam kancah bola sepak Eropah.

Justeru, penyerang Spurs, Harry Kane berkata, mereka akan cuba untuk memastikan tiga mata menjadi milik mereka selain perlu bergantung kepada keputusan dua pasukan pencabar, iaitu Aston Villa dan Brentford.

“Memang sasaran kami adalah untuk beraksi di pentas Eropah, itu yang sering disebut-sebut oleh semua pemain sejak awal musim. Sekarang kami perlu berusaha untuk tamatkan sai­ngan musim ini di kedudukan paling tinggi.

“Sekarang kami masih ada peluang untuk layak ke Eropah (Liga Konferens) dan kami perlu menang ke atas Leeds. Kami juga perlu mengharapkan keputusan dua perlawanan lain sebelum lihat kedudukan akhir pasukan,” katanya.

Sekiranya tidak dapat melayak­kan diri ke kancah bola sepak Eropah musim depan, namun Kane tetap mengharap­kan aksi terbaik daripada rakan sepasukan bagi memastikan Spurs menamatkan saingan musim ini dengan kemenangan.

“Saya tahu pasukan-pasukan lain juga masih ada peluang. Bagaimanapun, saya mahu ingatkan semua pemain bahawa Spurs mahu tamatkan saingan liga dengan aksi positif selepas mengharungi musim sukar,” ujar pemain England itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI