fbpx

Cuaca buruk di utara Semenanjung pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan sekitar utara Semenanjung sehingga ke lewat pagi hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, antara kawasan berisiko adalah seluruh negeri Perlis dan beberapa daerah di Kedah seperti Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim serta Bandar Baharu.

Selain itu, cuaca buruk yang sama turut diramal melanda keseluruhan negeri Pulau Pinang serta tiga kawasan di Perak.

“Antaranya adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama serta daerah Manjung pagi ini,” katanya.

Sehubungan itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir yang tertumpu di negeri utara berkuat kuasa sehingga 10 pagi ini.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI