fbpx

CAP desak RUU Generasi Penamat Rokok dilulus segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa supaya pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) dengan peruntukan Generasi Penamat Rokok (GEG) diluluskan segera di Parlimen.

Pegawai Pendidikannya, N.V. Subbarow berkata, pihaknya khuatir terdapat desas-desus RUU itu akan dibawa sekali lagi ke Jawatankuasa Khas Parlimen untuk diteliti semula.

Menurutnya, sekiranya perkara itu berlaku, RUU berkenaan tidak akan dapat diluluskan pada sidang Dewan Rakyat pada Mei atau Jun malah implikasi kepada kelompongan undang- undang akan berterusan.

“CAP sememang merasa sangat kecewa sekiranya RUU ini diminta untuk diteliti sekali lagi oleh Jawatankuasa Khas Parlimen. Apa lagi yang hendak dibincangkan? Bukankah ia telah dibincangkan secara panjang lebar semasa Jawatankuasa Khas yang lalu?

“CAP mendesak agar rujukan ke Jawatankuasa Khas ini perlu diteliti semula,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Subbarow yang juga aktivis anti-rokok dan vape berkata, sidang Parlimen Kelima Belas 2023 telah bermula namun RUU Tembakau masih lagi belum kelihatan di dalam Aturan Utama Mesyuarat (AUM).

Bagaimanapun, katanya, berdasarkan penulisan Code Blue pada 26 Mei lalu, jemaah menteri telah meluluskan agar RUU dengan peruntukan Generasi Penamat Rokok atau GEG dibentangkan untuk bacaan Pertama . – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI