fbpx

Budak 6 tahun stabil, masih dirawat di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui di sebuah bangsal yang terletak kira-kira 2.4 kilometer dari rumahnya di Desa Kuala Muda, Seberang Perai Utara petang, semalam.

SEBERANG PERAI – Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dijumpai selamat selepas dikatakan hilang selama hampir 24 jam, semalam, kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Kepala Batas (HKB).

Ibu saudara kanak-kanak itu yang mahu dikenali sebagai Jiha berkata, keadaan Aisharafeeka Amanda atau lebih mesra disapa sebagai Sharifah kini lebih sihat berbanding ketika dijumpai semalam.

“Kami diberitahu, dia (Sharifah) di bawah jagaan polis dan ketika ini, keadaannya baik iaitu boleh makan, boleh bercakap dan sebagainya.

“Tapi, disebabkan kes ini masih dalam siasatan polis, kami pun tak dapat maklumat sangat untuk dikongsi ketika ini. Kena tunggu maklumat lanjut daripada pihak polis juga,” jelasnya.

Semalam, mangsa dijumpai orang awam di sebuah bangsal di tepi jalan Permatang Keriang, Penaga, kira-kira 2.4 kilometer dari lokasi kediamannya di Desa Kuala Muda, dekat sini pukul 6 petang.

Menurut polis, siasatan awal mendapati, kanak-kanak itu keluar dari rumahnya untuk bermain kira-kira pukul 1.30 tengah hari, namun tidak pulang ke rumah sehingga pukul 5 petang sebelum operasi mencari digerakkan dengan bantuan ahli keluarga serta penduduk kampung berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI