fbpx

Agong berkenan bertemu Putera Monaco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat bertemu HSH Putera Albert II di Palace of Monaco, semalam. - Foto Facebook Istana Negara

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bertemu dengan His Serene Highness (HSH) Putera Monaco, Putera Albert II di Palace of Monaco, semalam.

Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Palace of Monaco pada pukul 10.30 pagi waktu tempatan (4.30 petang waktu Malaysia) disambut oleh HSH Putera Albert II.

“Selesai majlis di Palace of Monaco, Seri Paduka Baginda dan HSH Putera Albert II berkenan berangkat ke majlis pelancaran kenderaan pelbagai tugas, Rover Lunaire Flex, di ibu pejabat Venturi, syarikat pengeluar automatif yang berpengkalan di Monaco.

“Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh HSH Putera Albert II dan turut dihadiri oleh Perdana Menteri Monaco, Serge Telle serta pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif Venturi, Gildo Pastor,” katanya pada hantaran Faceobook hari ini.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima persembahan taklimat berkenaan Rover Lunaire Flex, yang dijangka mula beroperasi dan digunakan di bulan pada tahun 2026 dan buat pertama kalinya, dipamerkan kepada awam semalam.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan berangkat mengunjungi pasukan F1 Mercedes-PETRONAS di The Paddocks dan kemudiannya, Automobile Club Monaco pada sebelah petang waktu tempatan, semalam.

“Di Automobile Club Monaco, Seri Paduka Baginda berkenan menerima anugerah Ahli Kehormat kelab tersebut. Seri Paduka Baginda kini dalam rangka lawatan khas lima hari ke Monaco sehingga 30 Mei atas persilaan HSH Putera Albert II,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI