fbpx

550 pesilat sertai Piala Al Jufferi Kebangsaan dan Antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD SHARKAR memukul gong sambil diiringi Osman Nok (dua dari kanan) pada majlis perasmian Kejuaraan Silat Piala Al Jufferi Kebangsaan dan Antarabangsa Kali Ke-4 2023 di Dewan Tun Razak di Temerloh malam tadi.

TEMERLOH – Seramai 550 pesilat daripada 30 pasukan termasuk dari luar negara bersedia menyahut cabaran Kejuaraan Silat Piala Al Jufferi Kebangsaan dan Antarabangsa Kali Ke-4 2023 di Temerloh bermula 27 hingga 29 Mei ini.

Yang Dipertua Pertubuhan Cekak Harimau Malaysia (PSCHM), Datuk Osman Nok berkata, pertandingan silat tahunan ini terus mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan daripada pesilat seluruh negara dan antarabangsa.

“Pertandingan silat ini akan diadakan selama empat hari dengan tiga kategori yang dipertandingkan iaitu usia tujuh hingga 12 tahun, remaja (13-16 tahun) dan dewasa (17–40 tahun).

“Pesilat bukan sahaja daripada Pahang namun dari negeri-negeri seluruh Malaysia termasuk persatuan silat dari Indonesia yang bakal memberikan saingan hebat,” katanya dalam sidang akhbar pada majlis perasmian Kejuaraan Silat Piala Al Jufferi Kebangsaan dan Antarabangsa Kali Ke-4 2023 di sini malam tadi.

Kejuaraan Silat Piala Al Jufferi Kebangsaan dan Antarabangsa Kali Ke-4 2023 yang diadakan di Dewan Tun Razak dirasmikan oleh Penaung PSCHM, Datuk Seri Mohd Shakar Samsudin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI