fbpx

Young Tigress buru slot Piala Dunia Remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain negara (jersi kuning) mempunyai potensi untuk muncul tiga pasukan terbaik Piala Remaja Asia sekali gus layak ke Piala Dunia Remaja hujung tahun ini.

SKUAD hoki remaja wanita negara memasang impian untuk menamatkan saingan Piala Remaja Asia Wanita 2023 sebagai tiga pasukan terbaik kejohanan di Kakamigahara, Jepun dari 2 hingga 11 Jun ini.

Ia bagi melayakkan diri secara automatik ke pentas Piala Dunia Remaja 2023 yang akan berlangsung di Santiago, Chile pada 29 November hingga 10 Disember depan.

Ketua jurulatih projek khas wanita, Lailin Abu Hassan menjelaskan, mereka lebih memberikan fokus untuk menjadi dua pasukan terbaik daripada Kumpulan A untuk layak ke separuh akhir terlebih dahulu.

“Kami akan mengambil satu demi satu perlawanan dan cuba mengutip tiga mata bertemu Taiwan serta Uzbekistan. Aksi bertemu Korea Selatan akan menentukan sama ada kami boleh mencapai sasaran layak ke separuh akhir.

“Selepas itu barulah kami cuba untuk muncul tiga pasukan terbaik kejohanan untuk layak ke Piala Dunia Remaja 2023 di Chile hujung tahun ini,” katanya.

Menurut Lailin, pasukannya diperkuatkan dengan enam pemain berpengalaman beraksi di peringkat senior selain lima daripadanya seperti Kirandeep Kaur Gurdip Singh berada dalam skuad pingat emas Sukan SEA Kemboja 2023 baru-baru ini.

“Kejayaan di Sukan SEA menyuntik semangat mereka. Saya berharap mereka dapat membantu pemain-pemain muda yang lain untuk mencapai sasaran pada Piala Remaja Asia ­nanti,” jelasnya.

Skuad Young Tigress akan membuka kempen Kumpulan A menentang Taiwan di Stadium Hoki Kawasaki Heavy Industries pada 2 Jun sebelum bertemu lawan terkuat kejohanan, India, Uzbekistan dan Korea Selatan.

Saingan Kumpulan B pula menyaksikan tuan rumah, Jepun bertemu Kazakhstan, Hong Kong, Indonesia dan China.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI