fbpx

Apa salahnya bergelek, setahun sekali ‘belanja’ orang – Ifa Raziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IFA RAZIAH

PETALING JAYA – Selebriti sensasi, Ifa Raziah sudah lali dan tidak lagi terkesan dengan caci maki netizen gara-gara tarian gelek goyangan punggung bersama usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri.

Kata selebriti berusia 47 itu, aksi sedemikian hanyalah untuk pemasaran selain sebagai hiburan kepada rakyat Malaysia.

“Apa salahnya viral? Setahun sekali saja saya ‘belanja’. Kita nak bagi hiburan dekat rakyat Malaysia.

“Satu tak baca pun benda (kecaman) itu, buat penat saja mereka komen malah saya berterima kasih kerana menviralkan saya.

“Saya tak hairan, saya dah kebal dengan makian. Sudah 27 tahun jadi anak seni,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dalam pada itu, Ifa atau nama lengkapnya Saripah Raziah Mustapha mempersoalkan dimanakah silap dirinya dalam video tersebut.

Sebaliknya, dia bangga perancangan menjayakan strategi ‘marketing’ telah berjaya menarik perhatian ramai.

“Saya tidak bersentuhan dan tak pakai pakaian yang mencolok mata jadi di manakah kesalahan itu?

“Maknanya resepi saya menjadi, saya tetap popular walaupun dengan cara begini,” katanya ketika ditemui di SukeTV Raya & Anniversary, baru-baru ini.

Terdahulu, Ifa pernah dikecam kerana bergelek sakan bersama beberapa artis lain dalam sebuah kenduri akikah yang dianggap mencemarkan kesucian majlis tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI