fbpx

Sambutan Hari Wartawan Nasional 2023 disambut meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada pengamal media yang menyertai Kejohanan Boling HAWANA 2023 di Ipoh Bowl, AEON Kinta City, Ipoh hari ini. - Foto oleh LIYANA RAMLI/ KOSMO!

IPOH – Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 disambut meriah dengan kehadiran kira-kira 150 orang pengamal media berkumpul di Ipoh.

Bertemakan ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi’, sambutan yang diadakan hingga 29 Mei itu dimulakan dengan pertandingan mencari harta karun Media Hunt Hawana.

Program itu turut dimeriahkan dengan Kejohanan Boling Hawana 2023 di Ipoh Bowl, AEON Kinta City, di sini yang berlangsung pada pukul 1 petang melibatkan 58 pengamal media.

Sementara itu, Majlis Santapan Malam di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar dijadualkan berlangsung pada pukul 7.45 malam ini, antara pengisian sempena Hawana 2023.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dijadualkan berkenan berangkat ke majlis santapan berdasarkan kepada program tentatif yang disertakan bersama kad jemputan majlis yang dihantar oleh Pejabat Sultan Perak.

Menerusi susunan acara itu, majlis sama akan dihadiri Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Dalam pada itu, majlis Kemuncak Hawana 2023 akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pukul 2 petang esok di Hotel Casuarina @Meru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI