fbpx

Piala FA : TFC gah mara ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mamut (tiga dari kanan) meraikan jaringannya sewaktu menumbangkan Kelantan FC 4-2 pada aksi suku akhir Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) menepati ramalan mara ke separuh akhir Piala FA selepas mengalahkan Kelantan FC 4-2 pada aksi suku akhir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Peluang terbaik skuad Penyu hadir minit ke-15 menyaksikan hantaran lintang i Ivan Mamut ditanduk oleh Engku Nur Shakir Engku Yaacob, namun berjaya diselamatkan penjaga gol pelawat.

Tekanan TFC membuahkan hasil selepas bek kanan, Azam Azmi Murad yang naik ke atas melakukan rembatan deras dari dalam kotak penalti untuk memecahkan kebuntuan minit ke-17.

Penyerang Crotia itu bagaimanapun tidak mensia-siakan peluang minit ke-41 berpunca rembatan lencong dari luar kotak menewaskan penjaga gol sekaligus menjadikan kedudukan 2-0.

Kegagalan TFC mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dihukum penyerang Kelantan FC, Ismaheel Akinade yang membuat tolakan leret untuk merapatkan jurang pada minit ke-45.

Bersambung babak kedua, TFC kembali berkelebihan dua gol setelah umpanan Habib Haroon singgah di kaki Sony Norde (m-53) yang menggelecek penjaga gol lalu mudah meletakkan kedudukan 3-1.

Kelantan FC menghidupkan perjuangan menerusi Akinadi yang menyudahkan sepakan penalti minit ke-64 gara-gara kekasaran Shahrul Nizam Roshasni ke atas penyerang pelawat itu.

Pemain sayap, Syafik Ismail (m-82) mematikan perjuangan Kelantan FC hasil ledakan menarik kaki kiri di penjuru kotak penalti untuk memastikan kemenangan 4-2 memihak TFC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI