fbpx

Penolong akauntan dicekup, pecah amanah dana Kesedar RM24.8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GUA MUSANG – Seorang penolong akauntan di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di sini ditahan polis kerana dipercayai pecah amanah dana Kumpulan Wang Amanah dan Kumpulan Wang Pembangunan milik syarikat itu selama hampir tujuh tahun.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, polis menerima laporan berhubung kes tersebut kira-kira pukul 6 petang semalam sebelum menyerbu rumah lelaki berusia 37 tahun itu di Bandar Gua Musang di sini pada pukul 12.21 tengah malam tadi.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek yang merupakan penolong akauntan Kesedar melakukan salah laku itu bermula Disember 2016 hingga Mei tahun ini.

“Suspek dipercayai membuat 194 transaksi pemindahan wang berjumlah RM24.8 juta daripada akaun Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Amanah milik Kesedar ke akaun syarikat miliknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhamad Zaki berkata, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 2 Jun depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI