fbpx

Pegawai kerajaan arah pam keluar 2 juta liter air takungan selepas telefon bimbit terjatuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan Takungan Paralkot, Kanker. - Pentadbir Daerah Kanker

NEW DELHI, India – Seorang pegawai kerajaan di negeri Chhattisgarh digantung kerja selepas dikatakan meminta supaya air sebuah takungan dialir keluar bagi mendapatkan semula telefon bimbitnya yang terjatuh ketika dia merakam swafoto, lapor portal berita Wion News.

Rajesh Vishwas ditempatkan di pekan Pakhanjur, manakala media melaporkan bahawa kira-kira dua juta liter air dipam keluar dari takungan itu untuk mendapatkan telefon bimbit berharga sekitar 99,077 rupee (RM5,521). 

“Pegawai itu tidak mempunyai kuasa untuk mengalirkan keluar air takungan. Oleh itu, dia telah digantung kerja,” kata seorang pegawai lain, Priyanka Shukla.

Shukla memberitahu akhbar The National bahawa Rajesh digantung kerja sehingga siasatan kesnya selesai. Air adalah sumber penting dan ia tidak boleh dibazirkan begitu sahaja.

Laporan media menyatakan, Rajesh pergi ke Takungan Air Paralkot untuk berkelah bersama rakan-rakan pada 21 Mei lalu tetapi  telefon bimbitnya terjatuh ke dalam takungan sedalam 3.04 meter itu.

Laporan mendakwa bahawa pegawai itu berkata, telefon itu terlepas daripada tangannya semasa dia merakam  swafoto. Rajesh terpaksa mendapatkannya semula kerana peranti itu menyimpan  data rasmi jabatannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI