fbpx

Mira cari moderator, pantau komen di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar siaran langsung di akaun media sosial Mira.

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial Amirah Aqilah Firdaus ingin mencari moderator bagi memantau komen-komen di siaran langsung akaun TikToknya.

Amirah Aqilah Firdaus atau lebih mesra disapa Mira, berkata, moderator tersebut berfungsi untuk mengawal orang ramai yang meninggalkan komen.

“Ada sesiapa nak jadi moderator Mira? Kalau ada komen ‘Saya’. Tapi janganlah komen baik-baik pun moderator ‘block’ (sekat). kedian mereka.

“Sebab mana tahu kalau Mira ambil moderator, komen yang positif atau baik pun dia akan delete (padam) juga,” katanya menerusi siaran langsung di akaun TikToknya.

Dalam pada itu, beberapa pengguna turut meninggalkan soalan di ruangan komen dengan bertanyakan mana View Chin kepada Mira.

“Manalah Mira tahu,” jawabnya ringkas.

Terdahulu, kisah View Chin dan Mira menjadi bualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas Shermine Hau Ah Moi mendedahkan beberapa tangkap layar perbualan mereka berdua di aplikasi WhatsApp.

Wanita itu turut mendakwa bekas suaminva mempunyai hubungan istimewa dengan pekerja tersebut dan meniadi punca kepada keretakkan rumah mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI