fbpx

HPUniSZA mula beroperasi Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadzli (tiga dari kanan) pada program Berbasikal untuk Jantung Anda anjuran IJN di Hospital Pengajar UniSZA, Kuala Nerus, hari ini.

KUALA NERUS – Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) dijangka mula menerima pesakit luar secara berperingkat bermula Julai tahun ini.

Naib Canselor UniSZA, Profesor Dr. Fadzli Adam berkata, hospital berkenaan yang memiliki sembilan klinik pakar dan 10 wad mampu menempatkan 100 pesakit dalam satu masa.

Menurut beliau, antara fokus kepakaran di HPUniSZA ialah rawatan jantung, kardiologi, ortopedik, oftalmologi (mata) dan psikiatri bagi pesakit dewasa serta kanak-kanak.

“Bagi peringkat pertama pada Julai ini, kita bermula dengan pesakit luar sebelum pengoperasian penuh kemasukan ke wad dan bilik bedah pula dijangka pada penghujung tahun ini.

“Pada tahu depan pula kita akan tambah kapasiti katil kepada 200 buah dan 12 bilik pembedahan selain melantik 10 orang (doktor) pakar berbanding empat sekarang,” katanya ketika ditemui pada program berbasikal, Berbasikal untuk Jantung Anda anjuran Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Program berbasikal yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Akmal Arief Mohamed Fauzi disertai lebih 620 peserta dari seluruh negara bagi kategori 30, 88 dan 120 kilometer.

Fadzli berkata, HPUniSZA juga akan menjadi antara hospital yang melaksanakan amalan patuh syariah di negara ini.

Sementara itu, Akmal Arief berkata, program Berbasikal untuk Jantung Anda berkenaan merupakan simbolik kerjasama perkongsian kepakaran IJN dan UniSZA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI