fbpx

Dortmund di ambang kejuaraan Bundesliga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERZIC (kanan) akan menjulang gelaran Bundesliga bersama Dortmund jika berjaya menewaskan Mainz pada aksi terakhir liga malam ini. – AFP

DORTMUND – Pengurus Borussia Dortmund, Edin Terzic memberi bayangan bintang sensasinya, Jude Bellingham hampir pasti bakal terlepas aksi penentu kejuaraan Bundesliga menentang Mainz di Stadium Signal Iduna Park malam ini.

Selepas tersisih dalam beberapa perlawanan sebelum ini, Bellingham yang kini sedang menjalani proses pemulihan kecederaan lutut, turut terlepas ber­aksi ketika pasukannya meraih kemenangan 3-0 ke atas Augsburg pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, Terzic percaya ketiadaan Bellingham tidak akan meninggalkan impak besar ke­rana beliau menaruh keyakinan tinggi terhadap pemain-pemain lain untuk mengisi kekosongan ditinggalkan bintang antarabangsa England itu.

“Menjadi sesuatu yang bagus apabila dia (Bellingham) sudah pun boleh meningkatkan intensiti latihan, namun masih ada ba­nyak tanya tanya mengenai status kesihatannya.

“Sekarang kami perlu menilai terlebih dahulu keadaannya sama ada boleh diturunkan ataupun tidak. Pastinya kami mahukan khidmatnya tetapi pemain lain juga boleh menggalas tugas itu,” katanya.

Dortmund perlu memastikan tiga mata ke atas Mainz untuk mengesahkan kejuaraan Bundesliga pertama mereka dalam tempoh 11 tahun.

Ia berdasarkan situasi semasa menyaksikan Dortmund memiliki kelebihan dua mata ke atas seteru utama di tempat kedua, Bayern Munich.

Dalam masa sama, nama ­Bellingham ketika ini diperkatakan bakal mengangkat kaki me­ninggalkan saingan Bundesliga apabila laporan hangat mengaitkan pemain tengah itu dengan Real Madrid. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI