fbpx

Bukan sengaja cari maut, puncak Everest impian setiap pendaki tegar – Murshid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Murshid (tengah) bersama ahli Kelab Eksplorasi Altitude Malaysia memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Awang Askandar. Foto oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR/ KOSMO!

SEPANG – “Kami naik gunung (Everest) bukan sebab sengaja menempah maut sebaliknya ingin mencari kepuasan diri,” kata Timbalan Kelab Eksplorasi Altitude Malaysia, Murshid Maktar, 36.

Murshid berkata, dalam Islam menetapkan hukum mendaki gunung adalah harus malah, ia sudah dijelaskan oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata, aktiviti mendaki gunung sebenarnya membolehkan pendaki meneroka keindahan ciptaan Allah S.W.T yang mana orang lain sukar untuk mendapat peluang itu.

“Malah, kita boleh berkongsi perkara itu kepada orang lain dan mereka juga boleh merasai sendiri betapa indahnya ciptaan dan kebesaran Allah S.W.T.

“Kiasannya sama, kita sudah tahu bahawa merokok itu bahaya tetapi kita tetap juga hisap rokok sebab ia sedap. Pendek kata, ajal ada di mana-mana, kalau kita tunggang motosikal elok pun jika sudah ajal tiba-tiba orang lain langgar kita,” katanya.

Murshid ditemui pada majlis menyambut ketibaan jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Allahyarham Awang Askandar Ampuan Yaacub, di Kompleks Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini.

Sebelum ini, segelintir masyarakat mempersoalkan misi ME2023 yang disifatkan sengaja menempah maut susulan insiden menimpa Awang Askandar dan Muhammad Hawari Hashim yang kini masih hilang sejak Sabtu lalu.

Pada masa sama, Murshid yang juga Ketua Misi Keluarga Malaysia Everest 2022 berkata, sudah menjadi impian bagi setiap pendaki tegar untuk menakluk puncak Everest.

Mengulas insiden menimpa Allahyarham Awang Askandar, Musrhid berkata, arwah berkemungkinan meninggal dunia disebabkan simptom akut ketinggian gunung (AMS). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI