fbpx

Wei Chong-Kai Wun singkir The Daddies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEI Chong (belakang) dan Kai Wun meraikan kemenangan ke atas Ahsan-Hendra pada aksi suku akhir Malaysia Masters di Axiata Arena sebentar tadi. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki ketiga negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mencipta kejutan terbesar apabila mara ke separuh akhir Malaysia Masters 2023.

Lebih menarik, pasangan No.26 dunia itu menumbangkan bekas juara dunia dari Indonesia , Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dengan keputusan straight-set 23-21, 21-17 pada aksi suku akhir di Axiata Arena sebentar tadi.

“Kami sangat gembira dengan kemenangan ini tetapi ia tidak bermakna kami boleh selesa kerana banyak lagi perlu dilakukan menentang beregu-beregu lebih hebat,” kata Kai Wun selepas tamat perlawanan.

Wei Chong pula gembira dengan prestasi dan persefahaman antara mereka dalam aksi itu sambil mengharapkan kejayaan itu menjadi pembakar semangat untuk mara ke final Malaysia Masters edisi kali ini.

“Perasaan sangat gembira sebab mereka (Ahsan-Hendra) bukan lawan senang. Kami hanya bermain aksi terbaik kami tetapi keyakinan kami memang meningkat.

“Kejohanan ini adalah permulaan kejayaan dalam karier kami. Namun, kami perlu terus kerja keras dan tidak boleh cepat gembira dengan kejayaan ini,” jelasnya.

Ia adalah kemenangan pertama Wei Chong-Kai Wun ke atas Ahsan-Hendra yang diberi gelaran ‘The Daddies‘ selepas terdahulu tewas kepada pasangan No.6 dunia itu di suku akhir Terbuka Singapura tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI