fbpx

Wanita ‘kerasukan’ cantas pokok jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bontoft kelihatan seperti dirasuk ketika merosakkan pokok jirannya. - Hull Live

LONDON – Seorang wanita di Britain didapati bersalah melakukan jenayah kerosakan selepas merosakkan pokok-pokok jiran yang menjulur keluar ke halaman rumahnya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Perbuatan khianat oleh defendan, Julie Bontoft, 55, dirakam menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

Dalam satu klip video berasingan, Bontoft dilihat mendongak ke arah lensa CCTV dan membuat ekspresi pelik ketika merosakkan pokok-pokok jirannya.

Beberapa jiran lain berkata, dia kelihatan seperti ‘dirasuk’ ketika itu. 

Menurut penduduk setempat, perbuatan Bontoft merosakkan pokok-pokok jirannya menjadi punca mangsa berpindah ke kawasan lain. 

Bontoft telah merosakkan enam batang pokok bernilai £210 (RM1,195) antara 19 Februari hingga 6 mac 2021, demikian menurut perbicaraan mahkamah pada Jumaat lalu.

Dia diperintahkan membayar denda £620 (RM3,531) selepas didapati bersalah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI