fbpx

Wajah pucat, Sherry Ibrahim nafi sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHERRY menafikan dirinya sakit gara-gara tular sekeping foto dia berwajah pucat ketika menghadiri sebuah acara baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pelakon, Sherry Ibrahim menegaskan dirinya tidak sakit seperti didakwa sesetengah pihak selepas tular khabar angin mengenai tahap kesihatannya gara-gara berwajah pucat ketika muncul di sebuah acara baru-baru ini.

Walaupun dikatakan sakit, pelakon drama Luka Di Hati Diya itu tetap menzahirkan terima kasih kepada pihak yang prihatin selain sentiasa mendoakan kesejahteraan dirinya.

“Saya tidak sakit. Terima kasih yang mendoakan. Terima kasih juga kepada mereka yang meninggalkan kata-kata semangat.

“Sentiasa doakan yang baik-baik untuk semua,” tulisnya dalam Instagram.

Menerusi hantaran sama, aktres berusia 40 tahun itu turut dilihat memuatnaik tangkap layar keratan artikel yang memaparkan gambar wajahnya dalam keadaan pucat.

Dalam ruangan komen pula, rata-rata pengikut menitipkan doa buatnya selain tidak kurang juga ada yang terkejut dengan penyebaran berita palsu itu di media sosial.

“Tu la, geram kita dibuatnya. Yang netizen dalam FB bermasalah juga. Bulat-bulat percaya dan buat salam takziah lagi,” kata seorang netizen.

“Apa pun sekarang ini pasal artis, kena terus tanya kat Instagram empunya diri, kita boleh buat pengesahan. Saya ada tengok hari itu tapi saya tak percaya,” komen seorang lagi pengguna laman sosial.

Sebenarnya sudah beberapa kali tular mengenai keadaan fizikal Sherry yang dikatakan susut kerana berdepan penyakit tetapi tidak didedahkan tuan punya badan.

Hujung minggu lalu pula, menerusi wawancara dalam program Melodi, dia menyentuh isu diperkatakan dengan mendedahkan pada awalnya menyangka berat badannya menurun disebabkan gaya hidup aktif serta menjaga pemakanan.

Sherry memaklumkan terdapat gangguan aneh yang membuatkannya berikhtiar secara perubatan Islam dan kini sedang dalam proses pemulihan.

Terdahulu, sejak dua tahun lalu sememangnya pelakon ini kerap berdepan spekulasi berkaitan tahap kesihatannya apabila berlaku perubahan fizikal tubuh yang ketara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI