MASALAH berkaitan dengan penuaan bukanlah satu perkara baharu dalam dunia kecantikan.Meskipun ribuan produk dihasilkan saban hari memfokuskan mengenai antipenuaan, namun ada kalanya impaknya tidak seperti diimpikan.
Menyedari perkara itu, syarikat bioteknologi berpangkalan di New Zealand, Science Research Wellness (SRW) tampil dengan tiga produk terbaharunya yang menggabungkan sains dan penyelidikan terkini.
Pengasas SRW Laboratories yang juga ahli bioteknologi serta pakar kesihatan selular, Greg Macpherson berkata, dia komited dan berdedikasi untuk berkongsi kebaikan kesihatan dalam usaha membantu orang ramai lebih sihat serta hidup lama.
Menurutnya, biarpun terdapat kemajuan dalam bidang sains dan penyelidikan yang memfokuskan mengenai peningkatan jangka hayat setiap generasi, namun dari segi jangka hayat kesihatan ia kurang diberi penekanan.
“Penuaan tidak dapat dielakkan dan bagaimana cara atau proses seseorang menua bukan dalam kawalan kita.
“Walaupun ramai antara kita menggabungkan kekerapan senaman, pemakanan sihat dan rutin penjagaan kulit yang baik untuk membantu melambatkan penuaan, namun anda masih memerlukan rangsangan bagi menangani penuaan selular.
“Apabila usia semakin meningkat, sel-sel yang membentuk blok binaan penting badan, struktur, fungsi dan prosesnya akan berubah dan berkurangan.
“Justeru, kami menjangkakan permintaan produk kesihatan selular global termasuk di Malaysia akan mencatatkan peningkatan dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya ketika ditemui dalam satu acara santai di ibu kota baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Macpherson berkata, dia bersama pasukannya di SRW Laboratories dan pakar antipenuaan global mengambil masa selama tiga tahun untuk menghasilkan rangkaian makanan tambahan kesihatan selular pertama di dunia.
Katanya, ia bagi menyokong keupayaan, membaiki, memperbaharui dan meremajakan sel badan dengan lebih baik.
Tiga produk teras SRW Laboratories di bawah rangkaian sistem selularnya ialah Cel Stabilityi. Ia bagi menyokong proses pembaikan dan penyelenggaraan asid deoksiribonukleik (DNA) serta mewujudkan sokongan persekitaran selular untuk aktiviti DNA yang sihat.
“Ia disyorkan bagi sesiapa sahaja yang berumur 20 tahun ke atas untuk dijadikan sebagai keperluan harian mereka.
“Cel Stability juga dihasilkan sesuai bagi mereka yang berdepan faktor tekanan yang memberi kesan negatif kepada DNA seperti kurang tidur, pendedahan ultra ungu, pencemaran serta diet yang tidak baik atau tekanan berlebihan.
“Manakala Cel Nourishment pula menyokong tahap tenaga dalam sel yang menjadi lebih penting pada usia 30-an apabila tenaga selular anda mula merosot.
“Kemerosotan ini boleh memberi kesan kepada keupayaan sel untuk beroperasi pada tahap muda.
“Cel Nourishment dirumus dengan molekul utama seperti Nicotinamide mononucleotide (NMN), astaxanthin dan pterostilbene.
“Bahan-bahan ini mampu meningkatkan dan menyokong enzim serta protein utama yang penting untuk penjanaan tenaga, pembaikan sel, selain menyokong membran selular anda.
“Seterusnya Cel Renewal dapat membantu menyokong proses pengemasan selular yang mula merosot pada usia 40-an.
“Produk ini menyokong proses semula jadi yang memainkan peranan penting dalam membersih dan mengitar semula sel dalam badan.
“Ia dikenali sebagai sel senescent yang tidak berguna lagi,” jelasnya.
Tambahnya, Cel Renewal amat disyorkan untuk menyokong keupayaan badan dalam membentuk protein dan mengitar semula sel.
Diambil secara gabungan ketiga-tiga rangkaian produk tersebut, ia dapat membantu memberikan perlindungan semula jadi yang optimum dalam menyokong keseluruhan sistem selular manusia untuk penuaan yang sihat.
Pada masa sama, SRW Laboratories mengeluarkan satu lagi produk antipenuannya iaitu DNACellular Age Test.
Ia merupakan ujian darah inovatif yang menggunakan perkembangan terkini dalam epigenetik dan teknologi kepintaran buatan (AI) bagi menunjukkan tahap penuaan anda.
“Ujian ini mengukur tiga metrik utama iaitu umur selular anda, tahap penuaan dan tempoh telomere, seterusnya memberikan pengguna cerapan serta pendedahan tentang cara mereka boleh menua dengan lebih baik.
“Ujian ini hadir dengan pelan gaya hidup yang komprehensif, cadangan produk dan perundingan bersemuka dengan pakar,” katanya.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara mengawal penuaan dan tip sihat, selain mendapatkan kesemua rangkaian selular, orang ramai boleh melayari laman web, scienceresearchwellness.com.