PETALING JAYA – “Saya lelaki sejati, sebab itu saya pandang punggung dia (Mira). Saya pasti semua lelaki akan berbuat demikian”.
Itu penjelasan pempengaruh media sosial, View Chin selepas diajukan soalan oleh penonton semasa satu sesi siaran langsung semalam yang bertanya kenapa dia selalu memandang punggung pekerjanya itu.
Jelas View Chin lagi, sesiapa pun terutamanya lelaki sejati akan melihat ‘pemandangan’ itu apabila berada di depan mata.
“Bukan sahaja Mira, orang lain pun saya pandang juga, kita lelaki sejati mesti akan pandang. Siapa lalu kita akan pandang.
“Tak percaya tanya manager (pengurus) saya, dia pun ada pandang juga. Lelaki, mestilah ada gatal sikit, kecualilah Sajat. Kita pandang sahaja, bukan ada pegang,” ujar View Chin.
Pada sesi siaran langsung itu juga, View Chin sekali lagi menjelaskan bahawa hubungannya dengan bekas isteri, Ah Moi juga telah lama berakhir.
Namun, ada penonton turut mempersoalkan kenapa dia masih memberi bunga kepada bekas isterinya itu walaupun sudah bercerai.
“Kami dah sah cerai, dia pun sudah tandatangan surat penceraian dan saya tidak paksa dia untuk tandatangan surat itu.
“Saya beri bunga itu sebab meraikan Mother’s Day sahaja, sebab dia ibu kepada anak-anak saya, jadi kenapa tak boleh bagi bunga?.
“Sebelum ini saya selalu bagi bunga, mungkin sudah terbiasa bagi, jadi saya akan sentiasa bagi,” katanya.
Terdahulu, kisah View Chin dan Mira menjadi bualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas Shermine Hau Ah Moi mendedahkan beberapa tangkap layar perbualan mereka berdua di aplikasi WhatsApp.
Wanita itu turut mendakwa bekas suaminya mempunyai hubungan istimewa dengan pekerja tersebut dan menjadi punca kepada keretakkan rumah tangganya. – KOSMO! ONLINE