fbpx

Penjual mi dipenjara kerana sindir menteri makan stik mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bui Tuan Lam yang merupakan penjaja mi dijel lima setengah tahun kerana didapati bersalah menyindir seorang menteri berpengaruh di Vietnam. - Foto VivaVideo

DANANG, Vietnam – Seorang penjual mi dihukum penjara lima setengah tahun selepas didapati bersalah menyebarkan propaganda kerana menyindir menteri kanan Vietnam memakan stik berharga AS$2,000 (RM9,230), lapor portal berita Perbadanan Penyiaran Britain(BBC) semalam.

Bui Tuan Lam menjadi popular apabila menyiarkan video pada tahun 2021 memaparkan dia meniru gerakan tangan yang sinonim dengan restoran mewah Salt Bae.

Dia berbuat demikian selepas Menteri Keselamatan Awam, To Lam makan sepotong stik berharga RM9,230 di restoran Salt Bae, London.

Polis turut menyoal siasat Lam dan menutup gerai mi miliknya di bandar Danang. Dia ditahan pada September tahun lalu.

Perbicaraan dan hukuman ke atas lelaki berusia 39 tahun itu di sebuah mahkamah Danang hanya mengambil masa sehari. Dia juga perlu menjalani tempoh dalam pengawasan selama empat tahun selepas dibebaskan, kata peguamnya yang mengesahkan perkara tersebut kepada BBC.

Penjual mi itu dituduh menyiarkan 19 video di Facebook dan 25 lagi di YouTube yang menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara itu. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI